Monday 20 May 2013

AYAT POWER !

Assalamualaikum..

MENAIP BLOG SAMBIL MAKAN,
MAKAN NASI SAMBAL IKAN,
NAK TAHU SIAPA KAWAN BAIK IMAN?
AL-QURAN LAH KAWAN-KAWAN :)

Hee, post kali ini diserikan dengan pantun 4 cincai..
walaupun nada atau tunenya taklah sesedap atau tidak lah selazat pritzel almonds Aunty Anne yang dibelanje oleh abang kandungku tadi, (masih terasa keenakkan almonda ditekak ni) namun akanku siarkan jua di laman blog sesawang yang hina ini... hahhaha

okey, jom nak kita cuba try satu game ni..
cuba fikirkan petikan ayat al-Quran yang paling anda gemari ?
Jika dapat menyenaraikan lebih daripada tiga (3), TAHNIAH!
Anda menang moto ! ehh bukan, anda sememangnya menjadikan al-Quran sebagai teman baik anda. alhamdulilah..
Kehidupan seharian kita sering diwarnai dengan interaksi sama ada secara langsung, lisan mahupun tulisan. Kata-kata yang indah boleh membuatkan kita tersenyum manakala yang sebaliknya mampu membuatkan kita terluka. Inilah kekuatan perkataan.

Semalam kila ada baca satu buku ni yang berjaya menarik hati kila untuk menaip dan berkongsi pada anda semua. Kata-kata yang disampaikan menjadikan seseorang ingin selalu membaca dan memahami isi kandungan yang ada dalam al-Quran.
 


suwett tak nota lekat kat atas  ni? suwett angat kan..
di samping kita nak bagitahu perkara yang penting tak salah kita selitkan sekali kata-kata yang ada disebutkan di dalam al-Quran. Betol tak? baiknya si Timah ni kan tapi  mungkin lagi baik si kawan Timah tu yang mungkin mampu menghalalkan duit yang dikasi pinjam kt Timah.kannn

Semakin kita mengenali seseorang, semakin banyak nilai positif daripada perkataannya yang dapat kita manfaatkan. Perkataanya selalu mengembirakan dan  menyenangkan dan jika pahit untuk ditelan ia mesti berbaur nasihat kita ke arah kebaikan.

 Satu lagi..

"Sesungguhnya Kami telah menghias langit dunia dengan bintang-bintang (sebagai perhiasan)."
(Surah al-Saffat 37:6)
Analisis: Saya sayang al-Quran kerana ia sentiasa memberi saya inspirasi untuk memperelok diri. Jika langit dihiasi bintang untuk kelihatan cantik, saya juga perlu tanpil menarik dengan iman, ilmu dan amal :)



AYAT POWER !
seronok kan..
Rupa-rupanya Allah tak turunkan al-Quran dengan sia-sia.
Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.
So, start from now let's we read and understanding the meaning of al-Quran, (senang selalu la gunakan tafsir)
Oleh itu terpulanglah pada kita untuk menilainya...

Amin Amin Aminn.....
heart to heart <3


1 comment: