Tuesday 10 May 2011

hujan o0o hujan

                                                              Assalamualaikum~

                                       c0mel kan kan ..hahahaha

       Sediakan payung sebelum hujan? kalau dah hujan nak sediakan ape?
sediakanlah tangan untuk berdoa :)
Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah....yeay,hari ini hujan..
gumbira2 >.<  haha
(macam kanak-kanak)

         Hujan  


           "Allahumma shoyyiban naafi’aa" [Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]
         ini ialah doa yang Nabi kita Muhammad shallallahu ’alaihi wa sallam ucapkan ketika hujan turun. Sesiapa yang membaca doa ny tiap kali hujan, INSYA ALLAH ,setiap titisan hujan tu kan...akan menjadi PAHALA kepada pembacanya. tambah lagi satu ! Doa yang tidak akan ditolak adalah doa ketika hujan.warh,besst tuu.  So,kalow hujan jee cepat2 lah tadah tangan dgn ikhlas ye.INSYA ALLAH akan dimakbulkan NYA..amin...
                                                             sekian~



from heart to heart. qyla :)





                                                           hujan 0oo hujann..


Monday 9 May 2011

salah ke sebut "SALAM" ???

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? HAHA ,saudara?saudari? ye,saya mengaku pernah menggunakannye,tapi sekarang tak.biasalah manusia xlari dari melakukan kesalahan kann.0k
,sekarang JUM JUM mari kite membace ape ek maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam  bermaksud (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

so,marilah kita menggunakan perkataan ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH ye..haih,panjang kn? xpe assalamualaikum pun 0k ape bukan nye boleh  tercabut jari kalau nak menaip mesej,menulis ataupun memulakan chat di FB..kan kan

Ilmu utk dikongsi BERSAMA Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.Benda ni qyla dapat hasil dari menerokai cik internet lah..

jum bace lagi ..
Pagi semalam saya(hamnba Allah) dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

LAGI SATU, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada Ay0b ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat Ay0b yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

INGAT !

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

0K,kepada yang dah sudi membaca lepas ni silakanlah sudi2  memberitahu  kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa yang tanpa kita sedari ..

Semoga post ini memberi sedikit sebanyak pengetahuran dan pengajaran untuk kita semua :)

yang baik datangnya dari ALLAH , yang buruk adalah dari DIRI kita sendiri.

ASSALAMUALAIKUM~


from heart to heart. qyla :)